1. Apakah maksud wang khairat (sedekah/derma)?

Dari segi bahasa khairat bermaksud kebajikan-kebajikan.

Dari segi istilah pula bermaksud sedekah yang dilakukan dalam bentuk wang bagi tujuan kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2. Apakah syarat pemberi sedekah?

i) Memiliki keahlian secara penuh untuk melakukan tabarru’ iaitu:

ii) Memiliki barang yang ingin disedekahkan atau menjadi wakil bagi pihak lain yang ingin bersedekah dengan hartanya.

3. Siapakah yang layak menerima wang khairat?

Orang yang layak menerima wang khairat ialah seperti fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kelainan upaya, orang muflis, orang yang ditimpa musibah atau penyakit.

4. Apakah syarat harta yang ingin disedekahkan?

i. Harta yang dimiliki daripada sumber yang halal serta bukan syubhah; dan

ii. Harta yang baik dan bukan sesuatu yang buruk atau tidak disukai.

5. Bolehkah bersedekah dengan sesuatu yang buruk daripada hartanya seperti perabot-perabot yang sudah buruk atau baju-baju yang sudah lusuh warnanya?

Hukumnya makruh sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji."

(Surah al-Baqarah, ayat 267)

6. Apakah hikmah bersedekah?

7. Bolehkah seseorang itu bersedekah kepada kaum kerabatnya atau jirannya?

Disunatkan bagi seseorang Muslim untuk bersedekah kepada kerabatnya atau jirannya kerana ianya lebih afdal. Sebagaimana Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Hibban, yang bermaksud:

"Sedekah kepada orang miskin merupakan satu sedekah, manakala kepada orang yang mempunyai hubungan rahim ( kaum kerabat) adalah dua perkara: Sedekah dan merapatkan hubungan".

8. Bolehkah seseorang Muslim bersedekah kepada bukan Muslim?

Pandangan daripada Mazhab Syafii, harus memberi sedekah yang sukarela kepada bukan Islam secara mutlak. Sebagaimana firman Allah SWT, (Surah al-Insan, ayat 8), yang bermaksud :

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukai, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan (bukan Muslim)."

9. Bolehkah seseorang itu bersedekah kepada haiwan?

Sedekah kepada haiwan adalah sesuatu yang dianjurkan oleh syariat Islam.

10. Apakah hukum seseorang itu bersedekah dengan keseluruhan hartanya?

Disunatkan bagi sedekah itu dilakukan pada harta yang lebih dari keperluan diri sendiri dan orang-orang yang di bawah tanggungan. Sekiranya seseorang itu bersedekah sehingga mengurangkan keperluan orang-orang di bawah tanggungannya, maka dia berdosa.

11. Siapakah pihak yang berautoriti terhadap wang khairat?

Wang khairat termasuk di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN). Peruntukan berkenaan dengan wang khairat ada terdapat dalam statut pentadbiran agama Islam setiap negeri.

12. Apakah justifikasi pemohon atau pengutip pungutan khairat?

13. Apakah jenis permohonan yang layak diklasifikasikan sebagai pungutan khairat?