Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol. 1, No. 2, 2007

img    
Kategori : Jurnal
Pembentang : JAWHAR
Sipnopsis : Kualiti merupakan satu sasaran yang tidak akan mengenal noktah henti. Bagaimanapun, perancangan dan pelaksanaannya masih diikat dengan kerangka konsep kualiti yang berteraskan perkhidmatan kepada pelanggan dan kejayaan memenuhi kehendak pelanggan. Menurut ajaran Islam, hubungan antara manusia dan Penciptanya tidak dapat dipisahkan sama sekali walau dalam apa keadaan dan bentuk sekalipun. Pandangan sarwa Islami melihat ļ¬zikal dan spiritual sebagai satu, semuanya adalah amanah daripada Allah S.W.T. Kedua-duanya saling mempengaruhi. Kedua-duanya perlu dimurnikan dan mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah S.W.T. Tegak di atas landasan ini, Perkhidmatan Awam negara perlu terus mengorak langkah ke hadapan. Segala wawasan yang disasarkan, program-program yang diatur bagi mencapainya dan sumber tenaga yang menggerakkannya; perlulah terus dilaksanakan dengan tekun menggunakan konsep kualiti yang hakiki, kualiti yang meletakkan mardhatillah sebagai matlamat segala matlamat, wawasan di atas wawasan dan penghujung segala perjuangan.
Tarikh : 31-12-2007
     
dw
Format Fail : application/pdf