Manual Pengurusan Wang Khairat

img    
Kategori : Manual
Pembentang : JAWHAR
Sipnopsis : Manual Pengurusan Wang Khairat (MPWK) merupakan salah satu terbitan siri manual pengurusan JAWHAR yang menyediakan garis panduan serta tadbir urus terbaik pengurusan wang khairat di Malaysia. Dalam MPWK ini, setiap bab disusun dan diperkemas melalui pembahagian tajuk dan huraian yang bersesuaian. Bab 1 MPWK mengandungi objektif, skop dan kaedah penyediaan manual. Bab 2 pula menyentuh tentang konsep wang khairat menurut perspektif Islam yang merangkumi definisi, dalil-dalil pensyariatan, hikmah, hukum, rukun dan syarat, jenis-jenis, isu-isu dan permasalahan serta perkara-perkara yang perlu dielakkan berkaitan sedekah. Seterusnya, Bab 3 pula menjelaskan secara terperinci tentang pengurusan wang khairat di Malaysia dengan menyentuh tentang peruntukan undang-undang, peranan agensi-agensi berkaitan dan prosedur pengurusan wang khairat di MAIN berserta carta alir. Akhir sekali, Bab 4 iaitu bab penutup menerangkan tentang langkah-langkah memperkasa pengurusan wang khairat di Baitulmal MAIN dan impak yang diharapkan daripada penerbitan MPWK ini. Dengan terbitnya MPWK ini diharapkan agar ia dapat dijadikan garis panduan yang seragam dan komprehensif kepada pihak MAIN dalam pengurusan wang khairat di negeri masing-masing sesuai dengan peranannya selaku pemegang amanah harta umat Islam di Malaysia.
Tarikh : 01-12-2014
     
dw
Format Fail : application/pdf