Ringkasan Eksekutif Pelan Strategik ICT 2013-2016

img    
Kategori : Pelan Strategik JAWHAR
Pembentang : JAWHAR
Sipnopsis : Pelan Strategik ICT (PSICT) adalah pelan atau blueprint yang mengandungi garis panduan pelaksanaan projek ICT yang terancang dan selaras dengan keutamaan keperluan pengurusan dan operasi sesebuah Agensi untuk tempoh masa tertentu. PSICT juga berperanan dalam mengenal pasti strategi strategik, yang disokong oleh sistem aplikasi, teknologi, pembangunan sumber manusia dan tadbir urus ICT. Keputusan Mesyuarat JITIK (Jawatankuasa IT) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada Oktober 1999, telah memutuskan bahawa semua agensi kerajaan perlu membangunkan PSICT. Arahan daripada Surat Pekeliling Am Bil. 4/2004 juga menyatakan bahawa Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya hendaklah merancang dan menyelaras pelaksanaan program/projek-projek ICT supaya selaras dengan PSICT Kementerian dan Jabatan/Agensi. Sehubungan dengan itu, PSICT JAWHAR telah dihasilkan sebagai garis panduan kepada perancangan, pembangunan dan pelaksanaan projek-projek ICT di JAWHAR bagi tempoh empat tahun akan datang iaitu 2013 sehingga 2016. PSICT JAWHAR telah dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan PSICT JAWHAR yang terdiri daripada Bahagian Teknolog Maklumat (BTM) selaku urus setia, serta warga kerja di setiap Bahagian dengan kerjasama Pasukan Perunding ICT Sektor Awam, MAMPU bermula pada Februari 2013 hingga Jun 2013.
Tarikh : 27-01-2014
     
dw
Format Fail : application/pdf